[LATIP & KELUARGA] TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: LATIP & KELUARGA
Penulis: ABDUL LATIP TALIB
Perjanjian Inggeris-Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor, dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan, apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam. British memperkenalkan undang-undang mereka sendiri kepada rakyat Kelantan. British juga menghapuskan undang-undang Islam di Kelantan, malah melarang Tok Janggut yang baru pulang dari Mekah mengajar agama.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Akhirnya, Tok Janggut memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.
BAB 7: KEMATIAN PANGLIMA MUNAS
Panglima Munas bergegas ke istana bagi menghadap Baginda Long Mansor. Keadaan menjadi kalut. Pihak Inggeris melakukan gerakan besar-besaran menjejaki pejuang Pahang, Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di serata Kelantan dan Terengganu. Sudah dua tahun mereka bersembunyi di Ulu Kelantan dan kini pihak Inggeris berjaya menjejaki Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya.
"Tuanku, Inggeris sudah tahu Dato' Bahaman bersembunyi di sini. Mereka dalam perjalanan ke mari," beritahu Panglima Munas cemas.
"Bahaya. Kita perlu beritahu Tengku Ahmad. Tetapi sebelum itu, lebih baik kita minta pandangan Tengku Chik Tua Machang berkenaan hal ini. Ayuh, ikut beta ke rumahnya," titah Baginda Long Mansor.
Peristiwa dua tahun kelmarin terimbas dalam ingatan Panglima Munas. Dia masih ingat lagi. Hari itu cuaca baik sekali. Dia mengiringi Baginda Long Mansor berburu di Hulu Sat, Ulu Kelantan. Baginda Long Mansor banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir. Kawasan itu memang terkenal dengan gajah-gajah liar. Sedang mereka berada di sana, mereka didatangi oleh rombongan Dato' Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya. Dato' Bahaman meminta perlindungan di Kelantan selepas melarikan diri daripada buruan Inggeris di Pahang.
Dato' Bahaman melakukan pemberontakan di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas dia dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai.
"Kami menentang Inggeris bukan kerana cukai, tetapi kerana agama dan tanah air. Mereka menjajah negeri kami dan cuba menghapuskan Islam, kerana itu kami menentang," beritahu Dato' Bahaman.
Kemudian katanya lagi, "Sultan menuduh kami penderhaka kerana dihasut oleh penasihat Inggeris. Oleh sebab itu, kami sanggup meninggalkan Pahang kerana tidak mahu berperang dengan sultan. Musuh kami yang sebenar adalah Inggeris, bukan Sultan Pahang. Kami meminta perlindungan daripada tuanku."
Begitulah yang dikatakan Dato' Bahaman kepada Baginda Long Mansor. Dia terpaksa melarikan diri