• madrasah
  • aa_202212261615_0001
  • photo_2022-12-27_12-53-11
  • photo_2022-12-27_12-53-11 (2)
  • pl_202212261616_0001
1
SALE

[KOMRAD] AKU BUDAK MADRASAH - HANNAN DHIA

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KOMRAD

Penulis: HANNAN DHIA


Check-list nak masuk madrasah:

  Segala jenis alat komunikasi adalah dilarang.

  Pelajar perlu berpantang selama 40 hari. Ibu bapa tak dibenarkan melawat anak-anak, segala keperluan dalam tempoh tersebut perlu melalui pihak pengurusan dan warden asrama sahaja kecuali hal-hal kecemasan yang tak dapat dielakkan.

  Pelajar perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak madrasah dan ibu bapa perlu menandatangani surat kebenaran merotan pelajar sekiranya anak mereka melanggar peraturan madrasah.

"Madrasah ini ada bau lokap. Bau penjara."


BAB 5: BANGKIT WOI!


Tempoh pantang 40 hari.

Aku kira-kira, aku baru masuk minggu kedua duduk madrasah. Aku menangis teruk dalam solat. Aku rindu kehidupan luar. Aku nak keluar, nak berhenti sebab tak tahan dengan jadual kelas, rutin harian, budak-budak, peraturan asrama dan macam-macam lagi. Aku rasa aku terkongkong apabila duduk kat sini. Buat benda sama setiap hari. macam robot. Aku bosan. Aku nak kebebasan.

Aku berangan macam-macam kalau aku duduk kat luar. Aku sambung degree, aku hangout dengan kawan-kawan, aku gelak-gelak dengan family dan aku boleh update dengan isu-isu semasa yang berlaku kat dunia ni. Aku rasa macam ni sebab aku tak dapat contact siapa-siapa pun. Hatta mak ayah aku sendiri, nak tanya khabar je. Sihat ke tak? Tengah buat apa? Kerja okay tak? Semua tak boleh. Aku rindu suara mak ayah aku time ni.

Penangan rindu tu, sampaikan aku sakit belakang tak boleh bangun. Masuk angin satu badan. Sakit kepala sampai kena papah apabila nak jalan. Aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu.

End up, aku banyak kali kena rotan kat kaki dengan warden sebab aku missed solat sunat rawatib qabliyyah. Bukan sengaja aku missed, memang ada sebab-sebab personal. Tapi, aku akuilah kesalahan aku. Tapi ada je budak-budak yang skip solat dan tak mengaku kat warden. Huh!

Dalam kelas al-Quran, aku kena tegur banyak kali dengan ustazah, sebab tak lancar, hantar hafalan lambat dan baca laju. Aku tengah berusaha untuk tasmik yang paling baik aku boleh bagi. Tapi aku tak mampu, perasaan aku berbaur. Aku rasa macam nak hentikan semua ni. Allah!

Aku ambil keputusan, lepas habis kelas al-Quran sesi ketiga je, aku kena jumpa ustazah aku. Aku kena sampaikan hasrat aku nak berhenti. Penat.

"Ustazah, minta maaf ganggu. Saya nak jumpa ustazah personal boleh?"

"Ye, ada apa ye Hannan?" Ustazah pun melangkahkan kakinya keluar dari surau dan berborak berdua dengan aku.

"Macam ni ustazah, saya rasa saya tak mampu nak teruskan mengulang dekat sini. Saya macam kena hafal balik satu al-Quran. Seolah-olah macam saya tak pernah hafal. Salah saya sebab dulu saya tinggalkan al-Quran, saya sibuk dengan hal-hal dunia. Jadi, bila nak ulang semula ni, saya menangis ustazah sebab nak ingat benda yang kita dah lupa. Saya dah tak larat. Saya minta maaf ustazah."

Ustazah memandang aku sambil tersenyum.

"Hannan, inilah namanya mujahadah. Memang perit. Syukurlah kamu sebab Allah bagi rasa tanggungjawab untuk jaga al-Quran ni betul-betul. Kamu kena bertahan sikit lagi. Sekurang-kurangnya kamu habiskan ulangan satu. Proses nak habiskan ulangan satu ni lama, sebab kamu macam hafal semula al-Quran, tapi bila kamu dah masuk ulangan dua, tiga dan seterusnya, kamu akan ambil masa sekejap je. Percayalah. Banyakkan berdoa dan bersabar. Insya-Allah mudah."

"Tapi ustazah, saya rasa saya tak mampu nak habiskan satu ulangan pun," aku nak bagitahu yang aku memang nak berhenti. Aku tak tahan. Serious aku tak tahan.

"Hannan, ustazah nak kamu habiskan dulu ulangan satu kau. Cubalah. Tunggu beberapa bulan je lagi," ustazah berharap kat aku.