[SMO] [KARYA SENI] - MANIS TENTANG KITA - 9789674692247
- Regular price
- RM 34.00
- Sale price
- RM 34.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
[SMO] [KARYA SENI] - MANIS TENTANG KITA
“Biar lesen kereta expired, jangan hati kau tu pun expired untuk aku.”
“S… saya pun nak sembang kejap aje. Awak masuklah. Urmm… Kejap… Saya nak…”
Rayyan putus kata-kata. Gugup gila. Jasmine pelik, lalu bertanya dengan nada tinggi.
“Nak apa?” “Nak awak!” “Ha?”
JIRAN tall, dark, handsome tetapi acah pemalu itu menjadi penawar rindu Jasmine kepada ibunya di kampung serta penenangnya kala dia selalu diperlekehkan oleh bosnya yang ego tetapi kacak gila itu.
Jasmine terpaksa tinggalkan ibunya sendirian di kampung demi cita-cita dengan janji kepada ibunya yang dia akan selalu balik kampung. Tetapi trauma Firaz dengan pekerja wanita, menyebabkan dia menekan sehabis-habis kudrat Jasmine untuk mencapai jualan tertinggi hingga Jasmine tak dapat balik kampung.
Namun, sikap Jasmine yang selamba, kelakar dan hati keras itu sikit demi sedikit mencairkan gunung ego Firaz.
“Kau apa hal sengih macam tu?”
“Kenapa? Sengih macam mana?”
“Sengih macam tu la.”
“Yalah, sengih macam mana? Ada kategori ke sengih-sengih ni?”
“Sengih orang gatal!”
“Ooo… Baru saya tau saya pun mampu buat sengih gatal.”
Tetapi Rayyan, tak semudah itu mahu mengalah, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bos buah hatinya itu terlibat dengan jenayah dan sanggup buat apa sahaja untuk memiliki Jasmine.
Rayyan tak mahu Jasmine terus menjadi mangsa pergolakan keluarga Firaz yang tamak dan penuh dendam itu. Malah Rayyan yang gigih memberi dorongan tatkala Jasmine kemurungan tak dapat terima hakikat ibunya meninggal dunia.
“Awak tak faham rasa hidup yang dah tak ada siapa-siapa lagi ni. Hidup saya kosong! – Jasmine. “
Awak ada saya!” Rayyan.
“Terimalah hakikat ni Min. Biar apa pun yang sudah berlaku, awak perlu teruskan hidup. Kalau awak rindukan mak awak, peluklah saya.”
“Apa? Cakap sekali lagi?” Tapi bukan mudah untuk Jasmine larikan diri daripada Firaz. Dia cuba fahami lelaki yang penuh kisah sedih itu.
Dia mahu membantu tetapi bukan sebagai kekasih atau isteri. Biarpun berulang kali Firaz melamar dan menggodanya. Farida juga tak akan biarkan adiknya, Firaz bahagia kerana punya niat buruk.