• 2
  • 3
  • 4
1
ANY 2 @ 15% OFF

[SMO]- KARYA SENI- LAYAR DAMAR- 9789674692230

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

[SMO]- KARYA SENI- LAYAR DAMAR

Layar Damar, sebuah daerah terpencil berubah menjadi medan pertempuran yang menggemparkan seluruh negara. Serangan berdarah mengubah lautan biru sekelilingnya menjadi gelombang hanyir penuh darah.

Situasi ini membuatkan Muadz Jabar dan rakan pasukannya, anggota 69 Komando, terpaksa terjun ke pusaran kekacauan dengan penuh keberanian. Di antara deru peluru  dan gema ledakan, Muadz—pemuda yang gagah berani—bersama sahabat-sahabatnya, termasuk Khalish, satu-satunya gadis yang baru setahun diserapkan dalam pasukan, mengangkat senjata. Mereka berjuang dengan semangat yang membara, mereka bertekad.  

"Segala-galanya untuk negara." Khalish, di sisi Muadz, menemukan kekuatan dalam kelembutan. "Kau, wanita, kau juga pasak kekuatan negara. Ingat, jiwa wanita lebih kuat daripada lelaki. Aku tak mahu kau beralah.” MUADZ.

Pertemuan tak terduga dengan Rimbun, anak gadis Tok Sisik, ketua pemberontak  kaum Layaran, menguji hati Muadz.  Rimbun membenci perjuangan bapanya, lalu merayu Muadz dengan kata-kata yang penuh mengharap. "Aku impikan kehidupan seperti gadis biasa. Punya cita-cita dan impian." RIMBUN.

Khalish jadi keliru dan curiga. Muadz tetap bersahaja, sukar diduga. Rimbun terus menggantung harapan di jiwa. Bapa Rimbun terus membuat onar, mahu meranap dan meleburkan Layar Datu dengan darah.

Namun, dengan ikrar pahlawan negara, biar runtuh langit Layar Damar, Pasukan 69 Komando, terus memacu langkah, memicu senjata. Kedaulatan negara melebihi segala-galanya.