[KARYA PUBLIKA] SAKA - NYAWA SEBAGAI GALANG GANTI
- Regular price
- RM 23.12
- Sale price
- RM 23.12
- Regular price
-
RM 28.90
Share
KARYA PUBLIKA - SAKA (NYAWA SEBAGAI GALANG GANTI)
DENDAM KESUMAT - AMRAN JAZEE
Kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan telah mengubah haluan hidupnya. Dia lelaki yang tidak punya apa-apa, tidak mempunyai masa depan. Insiden dengan anak majikannya telah menyebabkan dia hilang kerja. Bukan sahaja kehilangan kerja malahan dia dipukul dengan teruk, maruah dirinya dihina dan dia hampir mati. Dendam pada majikannya semakin membarah. Demi sebuah dendam dia sanggup melakukan apa sahaja. Jalan hitam menjadi pilihan, dia meminta bantuan saka yang hebat untuk melunaskan dendam kesumatnya. Dikuasai sakanya dia membunuh keluarga Tengku Halim tanpa belas kasihan. Di saat hasratnya hampir tercapai tiba-tiba seorang lelaki muncul untuk menghalang niatnya membunuh Tengku Halim. Pertempuran sengit berlaku, sejarah lalu mula terbongkar. Ada dendam yang lama bersarang, ada hasrat yang lama terhalang. Demi sebuah dendam dia terjerumus ke lembah kehancuran.
GELORA - FITRI HUSSIN
Adam jatuh cinta sepenuhnya sebaik melihat Erliana secara bersemuka. Pada malam dia melafazkan cintanya kepada gadis cantik itu, Amri, bekas kekasih Erliana dibunuh lembaga yang menakutkan dan mati dalam keadaan mengerikan. Adam dan Erliana mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Enam tahun kemudian pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula berlaku. Beberapa kali Adam berjalan di dalam tidur sambil memegang gunting. Kata pak long, bapa saudara Erliana yang mempunyai kelebihan mengubat, Adam dikuasai oleh saka keturunanya. Solusi diberi tetapi Adam enggan menerima. Ketegangan berlaku. Erliana bimbang dengan keselamatan dirinya dan Eryana. Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang terjadi kepada Adam? Dapatkah Erliana menyelamatkan dirinya dan Eryana?
SAKA SEBELAH RUMAH - EB REEZA
Mariani berasa pelik apabila jiran baru sebelah rumah mereka itu berpindah waktu malam. Bukan sahaja tentang perpindahan mereka menjadi soal tetapi juga tentang keaktifan mereka saat menjelang malam turut menjadi soal sehingga keluarga Mariani seringkali mengintai aktiviti jiran sebelah rumah mereka itu. "Mak tak pelik ke ... Jiran kita tu pindah waktu malam mak bukan waktu siang. Sekian lama rumah tu kosong, tiba-tiba mereka pindah malam hari."— MARIANI Benarkah tanggapan mereka bahawa jiran sebelah rumah mereka itu sebenarnya adalah saka kerana aktiviti keluarga jiran mereka seringkali berjalan pada waktu malam dan bukannya waktu siang, tambahan pula wajah mereka juga pelik dengan hiasan warna-warni.