[RC PUBLICATIONS] BELONGS TO MR PERFECT - RINSYA CHASIANI
- Regular price
- RM 34.00
- Sale price
- RM 34.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Rafikk Dylan tidak pernah kurang dalam hidupnya. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna dan hebat membuatkan Dylan selalu menjadi perhatian orang. Anna yang berdikari dan sentiasa memandang hidup sebagai satu perjuangan tidak pernah berangan untuk mendekati lelaki itu.
Namun apabila Dylan melamarnya, dia juga tidak menolak. Lebih-lebih lagi lelaki seperti Dylan, tidak pernah gagal mengusik hati seorang wanita. Lima tahun berlalu. Anna bergelut dengan perasaan. Setiap hari dia mempersoalkan kebahagiaan dirinya sejak hidup bersama lelaki itu. Sehingga satu tahap, Anna nekad dengan keputusannya.
“Spill it.” - Dylan
“Kita bercerai...” - Anna
Dilukai. Sangka orang, hidupnya umpama kisah dongeng yang berakhir dengan bahagia. Dia punya lelaki yang paling sempurna. Tapi tekanan yang dihadapi demi memenangi hati keluarga mentua membuatkan Anna kian mati punca. Hilangnya kepercayaan Anna terhadap Dylan kerana gagal mempertahankan dia sebagai seorang isteri membuat Anna nekad mengundur diri. Dan dia tidak kisah kehilangan lelaki itu berbanding dengan kebahagiaan dirinya sendiri.
“Kalaulah semudah tu aje hati I boleh menerima kemaafan ‘dari pihak’... I bukan nak kemaafan dari you. I cuma tak nak melalui pedihnya hati bila dihina orang. I sorry sebab tak mampu nak berkorban demi you...” - Anna
Melukai. Fikir Anna, hanya dia saja yang terluka. Tetapi kerana dirinya terluka, Anna meletakkan setiap kesalahan di bahu Dylan tanpa sekelumit rasa berdosa.
“Kita berpisah... Tapi in one condition... You suka atau tak, you kena setuju,” – Dylan
Apakah perancangan Dylan untuk menarik Anna kembali ke dalam kaca perkahwinan ciptaannya? Adakah dia mampu memenangi kembali ‘heartless wife’nya itu? Dan Anna pula, benarkah tiada sekelumit rasa yang tertinggal buat Dylan? Munculnya Fendy sebagai pesaing meranapkan keyakinan Dylan pada Anna. Dia cemburu. Tetapi dia tidak punya kuasa untuk menghalang Anna membina hidup baru...