• the reason
  • the reason cb
  • photo_2022-11-08_12-52-16
  • photo_2022-11-08_12-52-14
1
ANY 2 @ 20% OFF

[PENULISAN2U] THE REASON - REHAN MAKHTAR

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Penulisan2u

Penulis: Rehan Makhtar

Dia.. Adalah wanita yang menyanyangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.

"I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?"- AMMARA

"No!"- EQRAM

Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun.. Pintu yang selama ini tertutup..Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?

"Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada taubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu..."- EQRAM

"Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!"- AMMARA

Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.

"Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris"- EQRAM

"Saya tahu awak baik. Eqram. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya..."- AMMARA

Ammara akhirnya menerima pinangan Eqram kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu. 

"You said no.. To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu...."- AMMARA

"I don't have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now.. I have reason, Ammara. And the reason... Is you.."- EQRAM 

Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqram. Dia yakin. Seperti kata Afina.. Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima.