• langit
  • bv_202305031531_0001 - Copy (2)
  • uu_202305031532_0001 - Copy (2)
  • photo_2023-05-06_15-49-41
  • photo_2023-05-06_15-49-40
1
ANY 2 @ 20% OFF

[MANES WORDWORKS] DI BAWAH LANGIT BIRU - BROLEECOMEL

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MANES WORDWORKS

Penulis: BROLEECOMEL


Bagi Mikaeyl, mencintai diri sendiri merupakan tugas terberat dalam hidupnya. Namun tragedi yang membekas parut di jiwa dan tak pernah-pernah sembuh itu, membuat Mikaeyl Lee sentiasa melihat dirinya serba kekurangan.

Pertemuan dengan Aireen Aniesha, merubah segala-galanya. Hadirnya gadis yang punya senyuman manis itu menenteramkan jiwanya. Bersama Aniesha, Mikaeyl berasa lebih hidup dan teruja untuk menghadapi hari-hari baharu. Di bawah langit biru, Mikaeyl berjanji untuk berdamai dengan dirinya sendiri.

“Tak berdosa pun ada broken family, Mika. Bukannya kita boleh pilih siapa jadi keluarga kita.”
“Boleh la. If you become my family in the future, that’s totally going to be my choice.”
“I jadi famili you?”
“Ya. Isteri I pun nanti, keluarga I jugak.”

Namun, luka di hati Mikaeyl kembali berdarah dan membawa warna gelap ke langit mereka. Saat Mikaeyl benar-benar jatuh ke sudut paling bawah dalam hidupnya, dapatkah dia bangkit semula untuk menikmati indahnya langit yang biru itu lagi?

“Listen, Mikaeyl. If you start loving yourself the way I do, life won’t be as painful as this.”

***

Broleecomel bijak mengharu-biru persahabatan; mengadun warna-warni percintaan; dan melakar hitam-putih kehidupan untuk melukiskan kisah seorang Mikaeyl Lee
– Pingu Toha, Editor


PETIKAN BAB 12


SAAT melangkah ke Bakery-Eish yang terletak di hujung deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam ini, Mikaeyl mula memaksa diri untuk senyum. Dia terus memasuki kafe bertema buku itu. Di hujung kiri dan kanan kafe itu sebelum sampai ke kaunter, terdapat rak buku yang penuh dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Di belakang kaunter, Aniesha menyimpan beberapa buah buku di dalam bekas kaca, menayangkannya seperti bahan artifak di muzium.

Kafe ini berkonsepkan warna putih, coklat gelap dan krim. Dindingnya berwarna putih, perabot berwarna krim dan majoriti barang-barang seperti bekas meletakkan sudu, tulisan di dinding, apron pekerja dan sebagainya, semuanya berwarna coklat gelap. Aroma kopinya memenuhi kafe dua tingkat itu.

"Hai." Wajah Aniesha yang manis bertudung coklat terus bercahaya apabila melihat Mikaeyl. Hari ini lelaki itu ringkas memakai baju-T berwarna krim dipadankan dengan seluar berwarna coklat cair.

Disebabkan bahu lelaki itu bidang, pakai baju ringkas pun nampak bergaya.

Sebenarnya Aniesha sedar akan kehadiran Mikaeyl saat hidungnya menangkap bau minyak wangi Mikaeyl yang menenangkan. Dia sudah kenal dengan bau lelaki itu. 

"Hai." Mikaeyl merapati kaunter. Bibirnya terhias senyuman kecil. "Tak sangka ini kafe you. Kemas. Makanan pun sedap. Tak pernah mengecewakan I."

Aniesha tersenyum segan. "Ini sebenarnya kafe abang sulung I, Ukasha. Dia buka cawangan yang ini."

"I see. Jauhnya." Perlahan Mikaeyl menyebut. "Aniesha," panggil dia kemudiannya.

"Ya?"

"Teman I makan, boleh?" Tanpa Mikaeyl sedar, matanya membulat saat menyoal.

Senyuman Aniesha melebar dan matanya meredup. "Mestilah boleh."

Mikaeyl turut tersenyum. "I duduk atas. Ya?"

"Okey."

Bahagian atas Bakery-Eish agak berbeza. Meja yang digunakan adalah meja Jepun. Jadi pelanggan harus duduk di atas lantai berlapikkan tikar rotan. Di sepanjang dinding kafe, disusun penuh dengan rak buku.

Cermin kaca di bahagian hujung tingkat dua kafe ini membolehkan semua orang memandang langit yang membiru di luar.

Mikaeyl terpukau menyaksikan pemandangan itu. Dia suka langit. Bagi Mikaeyl, dia beruntung dapat