[AHA PUBLICATION] MENCINTAI YANG TAK SEMPURNA - HASZ NINIE
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: AHA PUBLICATION
Penulis: HASZ NINIE
Kekurangan Hanna membuatkan dia sentiasa merendah diri dengan orang di sekelilingnya. Namun pertemuannya dengan seorang lelaki bernama Danny menyedarkan dia bahawa dia sama saja seperti orang lain walaupun dirinya tidak sesempurna mereka lagi.
"Nasib awak la jumpa OKU yang dah susahkan awak malam-malam macam ni." - HANNA
"Jangan pandang rendah pada diri kau, young lady. OKU tetap juga manusia." - DANNY
Tanpa disangka, mereka bertemu lagi. Mereka bertemu tanpa berfikir ada garisan takdir yang bakal menghubungkan iaitu perkahwinan. Tanpa rasa cinta, kedua-keduanya disatukan oleh pihak keluarga masing-masing. Namun takdir yang terbentang itu diterima dengan ikhlas oleh kedua-duanya. Walaupun Hanna merasakan dirinya tidak layak untuk Danny, lelaki itu tetap mahukannya.
Masjid yang dibina teruji dengan satu kebenaran. Kebenaran yang mengaitkan Hanna dengan kawan baik Danny, Aiman. Ternyata ada kisah di antara mereka yang mencetuskan ketegangan dalam perhubungan dan persahabatan. Hati Danny diselubungi keraguan cinta Hanna terhadapnya.
"Betul ke hanya abang yang sayang cinta?" - DANNY
"Hanya abang yang Hanna cinta." - HANNA
Sama seperti pasangan lain, mereka mahu mencipta kebahagian yang kekal. Namun sejauh manakah ia akan tergapai bilamana ujian datang melanda?