• falhidup
  • falsafah_hidup_portal_baru
  • Screenshot_2023-03-24_081805
  • Screenshot_2023-03-24_082015
  • Screenshot_2023-03-24_082109
  • Screenshot_2023-03-24_082043
  • Screenshot_2023-03-24_082134
  • Screenshot_2023-03-24_082312
1
SALE

[PTS] KARYA HAMKA: FALSAFAH HIDUP -BUYA HAMKA

Regular price
RM 39.00
Sale price
RM 39.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PTS

Penulis: HAMKA


Semakin lama melalui dalam jalan kehidupan, semakin kita menyedari hidup tidak semudah yang digambarkan dalam kisah dongeng masa kecil. Tidak selalu ada bunga dan pelangi yang menemani di tengah perjalanan, meskipun juga tidak selalu dirundung hujan badai.

Namun di atas semua itu, selalu ada rahsia di sebalik apa yang diberikan oleh kehidupan kepada kita. Sedar ataupun tidak, kehidupan mengajarkan banyak hal pada kita agar menjadi lebih kuat. Ada banyak sekali rahsia sekali gus realiti yang dapat dipelajari dalam kehidupan.

Melalui buku ini, Buya Hamka menghuraikan tentang rahsia kehidupan dan perilaku manusia. Tidak ada kelebihan, semuanya sama di sisi Tuhan; kelebihan seseorang daripada yang lain hanyalah takwanya, budinya, dan kecerdasan akalnya. Bukan kerana pangkat atau harta kekayaan. Melainkan, sewajarnya tangan si lemah dibimbing sehingga beroleh kekuatan sehingga tertegaklah keseimbangan. Inilah hidup yang dikehendaki Islam. Inilah Falsafah Hidup yang kita kehendaki….’



UNDANG-UNDANG ISLAM

Undang-undang alam, atau Sunnatullah, inilah peraturan yang teguh dan tidak berubah lagi. Undang-undang yang tua. Lebih tua daripada segala undang-undang. Lebih dahulu daripada segala agama. Bahkan segenap undang-undang yang telah ada dan agama yang telah berdiri, semuanya bersumber daripada undang-undang alam itu. Hikmat Tuhan menjadikan akal manusia dalam menentukan buruk dan baik merujuk undang-undang alam itu. Demikian juga pancainderanya. Segala kemajuan yang diperoleh akal dan fikiran, pada tiap-tiap zaman atau tempat, bergantung kepada petunjuk undang-undang alam.

Tiap-tiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi, semuanya menjalani jalan yang satu. Tidak berubah lagi, sebelum berubah pula asal peraturannya. Itulah yang bernama undang-undang alam. Misalnya:

Matahari yang memberikan cahaya ke dataran bumi, ataupun bekas cahayanya ke atas air laut, sehingga naiklah wap ke udara. Wap itupun berkumpul menjadi mega yang mendung. Setelah mendung, iapun tercurah ke bumi menjadi air hujan. Sesudah disaring oleh keangkatannya ke udara tadi, tersisih di antara air dengan garam. Maka pertalian matahari dengan panasnya, panas dengan lautan, lautan dengan mega, mega dengan hujan, dan hujan dengan tanah, lalu subur tumbuh-tumbuhan. Dan di bawah tumbuh-tumbuhan yang lebat itu terkumpul pula air hujan yang mendap ke bumi jadi telaga dan yang mengalir menjadi batang air, mengalir tiada putus-putusnya ke laut, semuanya itu menjalani undang-undang alam yang telah tertentu. Sehingga bumi itupun hiduplah sesudah matinya, dan di bumi sentiasa ada pembaharuan.

Bulan di dalam mengelilingi bumi sejak satu hari bulan, lalu bulan empat belas hari, menurun kepada bulan kedua puluh sembilan atau tiga puluh. Dia lebih cepat mengedari bumi daripada bumi mengedari matahari, lain timbul pergiliran cahaya, sampai ke pasang naik dan pasang turun air di laut. Semuanya pun menjalani pula undang-undang yang tetap, yang tidak berubah selama-lamanya, sebelum riwayat peredaran alam ini ditutup Tuhan.

Bintang-bintang pun demikian pula, ada bintang yang mengedar matahari sekali edaran dalam setahun, dan setahun itu terdiri daripada 12 kali edaran, dan satu edaran terdiri daripada 30 hari, iaitu bumi. Ada pula yang sekali dalam 10 tahun. Ada yang sekali dalam 30,000 tahun. Menurut ukuran tahun bumi, ada yang lebih daripada itu dan ada yang kurang. Semuanya menjalani undang-undang.

Maka timbullah fikiran budiman, bahawa jika alam yang luas dan cakerawala kita yang terbentang di hadapan mata siang dan malam, menjalani undang-undang yang tetap, nescaya manusia di dalam hidupnya pun menjalani undang-undang alam yang tetap. Undang-undang itu selamnya akan dijalani oleh manusia, sejak dari masa dia datang ke dunia, lahir; sampai kepada masa meninggalkan dunia; wafat.