[PATRIOTS PUBLICATION] SABOTAJ - RIZAL RAMLI
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION
Penulis: RIZAL RAMLI
Takdir itu sangat kejxm dan penuh rahmat dalam masa yang sama.
Perjalanan empat sekawan, Vigilante psikopat bertopeng, gadis mangsa culik dan ketua kumpulan kongsi gelap berjerait antara satu sama lain, dan akan berakhir dalam pertemuan yang penuh aksi dan kematian hanya dalam satu malam sahaja.
Siva dan kawan baiknya diheret ke dalam konspirasi dunia. Jenxyxh yang penuh dengan dxrxh, pemxuxuhan dan pengkhianatan. Christine diculik dan menjadi mangsa rancangan jahat musuh-musuh ayahnya, Daniel, waris tunggal kepada ketua kongsi gelap yang paling digeruni di KL mempunyai rancangan besar untuk empayarnya, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Topeng hitam, seorang vgilante psikopat nekad untuk memburu dan menghukum perompak, pemxuxuh dan pexxgol tanpa rasa belas kasihan.
Untuk terus hidup, mereka perlu menipu, bertempur dan memxuxuh. Adakah mereka semua akan terselamat sebelum menjelangnya waktu pagi?
PETIKAN BAB 4
BLACK berjalan semula ke kereta sambil tersengih seperti kerang busuk. Dia menggoyang-goyangkan sampul berisi duit di atas kepalanya.
"Yes! Kita dah kaya, bro. Jom masuk balik. Kita kena gerak cepat," ujar David sambil menepuk bumbung kereta.
Mata Siva terbelalak apabila melihat Rahman berpatah balik dan melangkah dengan laju sambil menjinjing beg xxxain. Kedua-kedua lengan orang tua itu mengepak.
"Anak haxxm! Bagi balik duit kitorang! Abdul! Budak-budak ni dah tipu kita! Diorang bagi gula! Bukan xxxain!" Rahman menempik. Matanya terjegil. Dia mendengus geram sambil mengetap bibir, seperti seekor anxxng gila.
Arman menelan liur. Tangannya merayap perlahan ke belakang pinggang dan menggenggam pisxtxl. Temberang mereka tidak menjadi. Helah mereka terbongkar terlalu awal.
Rahman mencampakkan beg kokxxx berhampiran dengan kaki Arman. Dia menarik sepucuk Glock 18 daripada pinggang dan mengacungkan senjatanya dan menexxbak dua das secara membabi buta. Kesunyian malam di ladang sawit itu digemparkan dengan bunyi bedilan.
"Sixx!" Abdul meniarap dan merangkak dengan kelam -kabut untuk menjauhkan diri daripada Arman. Setelah dia rasa selamat, dia bangun dan terus berlari ke arah kereta. Rahman membalas temxxkan sambil mengundur dan menyertai Abdul.
David, Black dan Siva terkocoh-kocoh berlari ke bahagian belakang kereta. Peluru melantun-lantun di atas tanah dan menerbangkan habuk dan batu. Sebutir peluru berdesing di sebelah telinga Siva. Dia menjerit panik. David dan Black membalas tembakan secara rambang. Mereka tidak berani menjengulkan kepala.
"Mana Arman?!" David menempik. Perit anak tekaknya apabila cuba melawan bunyi letupan pisxxl yang bertalu-talu.
"Tak tahu! Tadi dia ada kat belakang aku!"
Arman berlari ke arah barisan pokok sawit kerana dia tidak fikir dia akan sempat bersembunyi bersama rakan-rakannnya. Terdapat longkang cetek yang terletak berhadapan dengan pokok-pokok tersebut. Dia segera terjun ke dalamnya.
Masing-masing berhenti menembak. Keadaan kembali hening untuk seketika.
"Apa ni, bro!" Abdul menempik tanpa menjengulkan kepala.
"Lu nak scam kitorang?! Lu cari nahas bro!"
"Boxxx kau percaya orang tak tentu pasal. Ni semua salah kau!" Rahman menampar belakang kepala Abdul.
"Settlekan cepat! Kalau tak, nahas kau kena kerjakan dengan bos!"
"Okey bang, okey bang! Ya, saya nak cuba settlelah ni."