• Untitled design(3)
  • photo_2024-07-11_16-25-48
1

[KARYA SENI] KUMBANG DI HATIKU - ROSE HARISSA

Regular price
RM 23.20
Sale price
RM 23.20
Regular price
RM 29.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Karya Seni

Penulis: Rose Harissa


Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya.  Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform - 11 RGK.

Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir, menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri pada awalnya tidak menyedari lelaki itu adalah orang yang sama. 

Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya yang cantik dan berharga. 

Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando, Mika selalu tertantang untuk membuktikan keihklasannya terhadap sang Kapten.

"Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?" - Buddies.

"Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia..."-MIKANADIRA.

"You tak tahu apa ertinya bersama lelali seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!"- DR.DAREENA

"Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I."- MIKANADIRA

Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah hidupnya. 

Umar Alhaidhar, si BLACK GHOST, bukan hanya Green Beret tetapi juga green flag!.