[IDEA KREATIF] DARI HATI, DENGAN CINTA - ILLA SHANAHILA
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: Idea Kreatif
Penulis: Illa Shanahila
"Aku beri nasihat sebagai rakan satu sekolah kau, adik manis. Eh, bukan...sebagai senior kau."- Ran
'Kalau senior pun dah gaya jembalang aje perangai, takkan nak kena ikut juga?'
Ini sebuah cerita tentang kenangan. Tentang pertemuan dan perpisahan. Perjalanan hidup Fiy dan Ran bagaikan tiada kesudahan. Bermula dengan seteru di zaman persekolahan, bertukar pula jadi teman rahsia. Kenangan yang dicipta selama setahun membekas satu memori yang tak pernah dilupakan.
"Nama penuh kau apa hah?" - Fiy
"Kenapa nak tahu?" - Ran
"Nak tulis dalam diari." - Fiy
"Tulis besar-besar ya, Raja Azeem Nazmi.Azeem with double 'e'." - Ran
Bersua semula di universiti yang sama, perasaan lama kembali menyapa. Saat mereka cuba menyambung perjalanan memori, muncul pula halangan yang memisahkan. Dipaksa bertunang dengan pilihan keluarga membuatkan hidup Ran bagaikan hlang punca. Kebisuan Fiy tanpa berita juga buat kenangan manis mereka bagaikan terhapus begitu saja.
Betahun-tahun terpisah, sekali lagi takdir menemukan mereka. Pertemuan versi Safiyya dan Azeem tak menghalang mereka untuk tenggelam dengan kenangan lama. Namun, apa yang bakal mereka tempuh kali ini mungkin membuatkan kisah Fiy+Ran hilang selama-lamanya.
"You memang pandai buat macam tu, Ran. Dari dulu lagi. You cakap you suka I, lepas tu hilang tanpa khabar. You cakap nak berkawan balik, lepas tu you tiba-tiba warning jangan campur urusan you. I faham. Apa yang you nak sebenarnya?" - Fiy
" I nak you." - Ran
Bagaimanakah kesudahan kisah mereka nanti?