• benci
  • jj_202310251440_0001 - Copy (2)
  • mm_202310251440_0001 - Copy
1

[AHA PUBLICATION] CINTA DALAM BENCI - CIK MARDIAH

Regular price
RM 33.00
Sale price
RM 33.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: AHA PUBLICATION

Penulis: CIK MARDIAH


"Saya tak boleh teruskan pernikahan kita," - HUD UKAIL

Dia tak pernah menyangka bahawa Hud akan meninggalkannya pada hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia buat mereka. Tanpa sebab dan alasan yang jelas, lelaki itu menoreh luka di hatinya sekaligus menjatuhkan air muka keluarganya.

"Saya kan bencikan awak seumur hidup saya. Saya akan bencikan awak sampai mati." - SAFFA KIRANA

Kenangan bersama Hud dilupus terus daripada ingatan. Namun bertahun berlalu, Hud tiba-tiba kembali menagih peluang kedua daripadanya. Tapi, tak mudah untuk dia menerima sementelah luka yang lelaki itu tinggalkan masih belum sembuh sepenuhnya.

Kehadiran Aryan yang diperkenalkan sebagai anak angkat Hud membuatkan Saffa dibelenggu seribu satu tanda tanya. Atas sebab apa Hud mengambil anak angkat sedang lelaki itu masih muda dan belum berkahwin?

"Teacher Saffa ni mak Ayan ke?" - ARYAN

Saffa semakin tertanya-tanya. Mana perginya keluarga Aryan? Adakah Aryan mempunyai hubung kait dengan peristiwa tiga tahun dulu?

Hud yang memilih untuk terus berahsia membuatkan Saffa sukar menemui jawapan untuk setiap persoalannya. Mungkinkah perkahwinan mampu meleraikan segala persoalannya itu? Tapi, bagaimana pula dengan rasa bencinya pada Hud yang ditanam sejak dulu lagi? Atau mungkinkah selama ini hanya di bibirnya saja yang melafaz benci sedangkan hati masih lagi mencintai?