[PATRIOTS PUBLICATIONS] DIRGAHAYU - HELMI EFFENDY
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION
Penulis: HELMI EFFENDY
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disampaikan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng fantasi dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelarkan dirinya sebagai Si Luncai.
Setiap waktu, ada sahaja perkara tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar kepada orang lain dan menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tiada juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.
Mayat yang sudah mati bangkit daripada kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium Kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.
Semuanya angkara Si Luncai. Antara mangsanya ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya yang secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu akan hancur!
Bab Sepuluh
Bermalam
Kereta Toyota Avanza itu memasuki perkarangan rumah Safwan. Azam memapah Shahmil keluar daripada kereta. Shiela merenung kesan lebam-lebam pada kaki Shahmil dengan rasa kasihan. Sesekali, Shahmil akan mengaduh kesakitan apabila dia cuba berdiri sendiri dengan kedua-dua kakinya. Safwan dan Natasha pula menghidupkan lampu di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.
"Sini. Bawa Shahmil ke sini," kata Natasha.
Azam mendudukkan Shahmil di atas sofa.
"Ya ALLAH," ucap Shahmil ketika dia melabuhkan punggungnya.
"Safwan, ada peti kecemasan cemas tak?" pinta Shiela yang sedang melutut di hadapan Shahmil.
"Awak nak buat apa?" soal Shahmil.
"Saya kan bakal nurse? Nak tengok apa yang saya boleh tolong," kata Shiela sambil tersenyum. Shahmil cuba membantah, namun Azam di sebelah pantas menggeleng. Selepas beberapa ketika, Safwan datang semula dengan sebuah peti kecemasan. Dia menyerahkan peti itu kepada Sheila.
"Terseliuh ... " gumam Shiela perlahan ketika tangannya memegang bahagian kaki Shahmil.
Shiela menyelongkar peti kecemasan cemas itu sebelum menemui sebuah bandange. Bandage itu kemudian dibalut dengan penuh teliti oleh Shiela. Tekun sahaja gadis itu membalut kaki Shahmil dengan kemas. Melihat Shiela seperti itu, rasa sakit pada kaki Shahmil terasa seperti sudah hilang. Shahmil pula ralit memerhati Shiela yang kelihatan begitu fokus.
"Siap pun. Safwan, boleh bawa ais tak?" arah Shiela lagi.
"Aku bukan orang gaji kau!" Safwan kelihatan tidak puas hati apabila diarahkan buat kali kedua pada hari itu oleh Shiela.
"Aku boleh ambil," kata Natasha lalu berlari anak-anak ke dapur. Dia kembali dengan satu kain berisi longgokan ais di dalamnya. Ketika Natasha kembali, kaki Shahmil sudah diletakkan di atas sebuah kerusi yang sama tinggi dengan paras di duduk. Shiela pula sedang bersila di sebelah kaki Shahmil. Terus ais tadi diletakkan pada kaki Shahmil.
"Sakit lagi?" soal Shiela sambil mendongak.
"Terseliuh je pun," Shahmil cuba tersengih.
"Saya tanya awak. Sakit lagi tak?"
"Cik Shiela, daripada gaya dia tenung awak masa awak balut kaki dia tadi, saya yakin 100 peratus yang Shahmil dah tak rasa sakit," usik Azam. Shahmil menjeling lelaki itu.
"Apa benda kau ni..." kata Shahmil geram.
"Aku risaukan keadaan Waqi," ujar Shahmil, cepat-cepat mengalihkan topik perbualan.
"Dia bukan ke dah selamat kat hospital tu?" tanya SAfwan.
"Kau tak dengar ke apa yang Aiman cakap tadi? Dia tak akan tenang selagi Shiela dan Waqi tak mati. Dia cuba bunuh Waqi semula. Waqi lebih mudah sekarang untuk dibunuh sebab dia masih tak sedarkan diri. Terbaring lemah kat hospital." kata Shahmil.
"Jadi, kita nak buat apa?" soal Amie.
"Aku nak buat jadual. Kita bahagi kerja. Aku dengan Azam, kau dengan Shiela, Natasha dengan Safwan. Kita akan berjaga setiap malam jaga Waqi sampailah dia keluar hospital. Kita pastikan yang si Aiman tu tak datang dan apa-apakan dia. Boleh?"
"Aku tak nak dengan Shiela," kata Amie tiba-tiba.