[PATRIOTS PUBLICATION] SATE UNTUK JEMBALANG
- Regular price
- RM 33.00
- Sale price
- RM 33.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION
Penulis: SAIDEE NOR AZAM
Ketiga-tiga kisah yang dipaparkan dalam novel ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, di mana latar cerita banyak bermain di sekitar daerah perasing.
SATE UNTUK JEMBALANG
Gilakan nombor ekor, mereka sanggup menggadaikan agama demi mahu memuaskan nafsu. Tidak cukup dengan apa yang sudah dimilki, manusia-manusia ini sanggup betuhankan iblis demi kekayaan.
ADIWIRA
Ada yang mengatakan seandainya kita berbicara dengan anak patung dan menganggap anak patung itu hidup, maka anak patung itu akan benar-benar bernyawa! Apa yang akan terjadi seandainya anak patung mainan itu dicacatkan oleh pemiliknya sendiri demi kepuasan nafsu aneh dan gila? Adakah anak patung itu akan bangkit dan membalas kekejaman manusia?
GELIGA BARA
Dua orang pemancing menemui sarang lipan yang dipenuhi dengan batuan permata seperti batu geliga yang bercahaya dan amat cantik. Mereka telah disapa seorang lelaki tua yang melarang mereka untuk mengambil apa sahaja benda yang ditemuinya di situ. Jika tidak, sesuatu yang bersifat hitam akan bangkit perlahan-lahan dari Lembah Perasing.
PETIKAN BAB 19 - SATE UNTUK JEMBAXXNG
RIZUAN cuba menjejaki suara Amri yang seolah-olah sedang berbicara dengan seseorang. Setelah beberapa langkah yang perlahan diatur, Rizuan seolah-olah melihat ada dua cahaya yang berbara merah bergerak-gerak. Tidak dapat Rizuan pastikan cahaya apakah itu. Apa yang pasti, dia mengenali susuk tubuh Amri yang sedang duduk melutut di hadapan susuk yang tidak Rizuan kenali.
"Tuan penunggu hutan, kami datang untuk mempersembahkan hidangan santapan kepada tuan penunggu agar tuan dapat membantu kami mendapatkan nombor yang akan memberikan kami kekayaan." Suara Amri kedengaran di telinga Rizuan.
Rizuan memandang lama ke arah Amri sebelum pandangannya bergerak ke susuk yang mulai bergerak dan memperlihatkan dirinya. Dengan bantuan kecil cahaya bulat yang menerobos di celah-celah dedaunan, baharulah Rizuan mendapat jawapan.
Di sebalik bebola api merah kecil bak bara api itu, ada sepasang mata yang merah menyala. Satu susuk wajah seorang wanita tua berwajah pucat dan berkedut menjelma di hadapan Amri.
Hati Rizuan merusuh. Jantungnya berdegup kencang. Wajah wanita tua itu kaku tanpa sebaris senyuman pun terpamer di bibirnya.
"Apa kau mahu?"
Wanita tua itu merenung tajam ke arah Amri yang masih merunduk di hadapannya. Rizuan terkejut apabila mendengar suara wanita tua itu. Suaranya garau dan parau.
"Berikan kami nombor ekor, berikan nombor yang terbaik. Berikan kami kekayaan melalui nombor yang bakal berikan kami duit dan kemewahan." Amri menyampaikan niatnya.
"Aku lapar." Balas wanita tu itu tanpa mahu memberi jawapan dengan segera.
"Ya... ya... ada aku bawakan makanan buat santapan."
Dengan segera, Amri membuka bekas makanan yang berisi sate yang bercucuk di dalamnya. Tanpa rasa bimbang dan ragu, Amri menghulurkan bekas yang berisi sate yang sudah berbau busuk itu ke hadapan wanita tua bermata merah itu. Wanita tua itu duduk mencangkung dan memakan bercucuk-cucuk sate dengan lahap sekali. Tertelan air liur Rizuan yang mendangnya dari kejauhan.
"Allah ... kenapa aku rasa ... tak sedap hati." Gumam Rizuan perlahan.
"Bagaimana? Boleh kau berikan kami nombor ekor yang kami mahukan?" soal Amri perlahan sambil melihat wanita tua itu men.. jari-jemari tuanya. Sepertinya masih tidak cukup dengan apa yang telah dia nikmati sebentar tadi. Susuk wanita tua itu berhenti dan memandang Amri dengan pandangan mata yang tajam. Amri terdiam apabila melihat bola mata itu terjegil tajam ke arahnya. Debaran mulai terasa.
"Tak cukup! Aku mahu lagi!" marah wanita tua itu. Dia berdiri di hadapan Amri.
"Tapi ... tapi aku sudah berikan apa yang kau mahukan. Aku ... aku tahu kau mahukan sate beraneka daging, jadi aku sudah persembahkan kepada kau. Sekarang, berikan aku nombor yang akan berikan aku kekayaan."
"Kamu kekurangan satu jenis daging." Ucap wanita tua itu
"Da ... daging apa?"
"Daging manusia."
Tersentak Amri mendengarnya.
"Kalau kamu berikan aku daging manusia, maka seluruh kekayaan akan hadir kepada kamu seperti air yang mengalir. Itu janji aku kepada kamu." Ucap wanita tua itu seraya menyeringai, mempamerkan baris-baris gigi yang jarang dan kekuningan.
"Tapi ... tapi ..."
"Bunuh kawan kamu, aku mahu dagingnya. Sejak awal lagi dia tidak yakin dengan kamu, tidak yakin kepada aku. Aku tak mahu memberikan kekayaan kepada dia yang tidak yakin dengan kehebatan aku. Aku masih lapar, aku mahukan habuan aku!"