• walk alone
  • fgh_202212070918_0001 - Copy
  • photo_2022-12-25_15-37-31
  • photo_2022-12-25_15-37-31 (2)
  • bhgf_202212070918_0001 - Copy
1
SALE

[MUSTREAD] YOU'LL NEVER WALK ALONE - NIK ALIA HAYATI

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: NIK ALIA HAYATI


Awak,
Saya tahu awak penat.
Saya tahu awak letih sangat.
Awak rasa nak menangis. Awak rasa kecewa.
Sabar ye. Kejap je. Awak pasti boleh hadapinya.
Semua itu ada ganjarannya.
Teruskanlah usaha awak tu. Jangan gusar,
jangan bimbang. Awak tak pernah sendirian.
Kita kan ada Dia!


Mereka Tak Sayang Aku Ke?


"Mak dan ayah memang tak pernah faham aku!"

"Apa yang aku nak semua tak boleh. Selalu kena ikut cakap dia orang je!"

"Aku pun ada hak untuk tentukan hidup aku sendiri."

Kadang-kadang kita selalu cakap macam ini kan apabila kita ada salah faham dengan mak dan ayah kita. Kali ni saya nak kongsi peristiwa yang berlaku semasa saya ke Hatyai. 

Malam itu saya dan rombongan saya pergi ke night market. Selepas selesai membeli barang dan sebagainya, kami tunggu kenderaan kami sampai. Sedang saya asyik menikmati pemandangan malam tu, tiba-tiba pak cik saya menyahut dan menunjuk ke arah sesuatu. Saya pun melihat ke arah yang ditunjukkan oleh pakcik saya itu.

Rupa-rupanya ada seorang anak dan ibu sedang berjalan. Anaknya dah jauh ke depan. Ibunya masih lagi di belakang. Lambat-lambat si ibu berjalan. Anaknya sekali sekala memandang ke belakang bagi melihat ibunya sambil mengatakan sesuatu dengan muka tidak puas hati. Saya tak tahu apa yang berlaku antara mereka. Saya tengok wajah si ibu. Sayu sangat raut wajahnya. Macam nak menangis pun ada. Saya perhatikan sahaja mereka berjalan. 

Akhirnya, anaknya sampai ke tempat duduk yang disediakan di depan night market itu. Di situ, ada empat atau lima kerusi yang boleh memuatkan seramai tiga orang untuk satu kerusi. Saya pun tak pasti. Si anak duduk di kerusi paling hujung sekali. Tak lama selepas si anak duduk, si ibu pun sampai ke tempat tu.

Dia hanya berdiri di hadapan kerusi yang berhampiran dengan tempat abang dan kak ipar saya sedang duduk pada masa itu. Agak jauh dari tempat anaknya. Dia perhatikan abang dan kak ipar saya. Kemudian dia tengok anak dia. Dia macam serba salah. Dia macam takut nak pergi dekat dengan anaknya itu pun ada. Agak lama dia berdiri di situ. Tetap dia tak nak duduk.

Saya pusingkan kepala sebab rasa sedih sangat tengok wajah si ibu. Tapi tak lama lepas itu saya melihat kembali ke arah mereka. Masa itu si ibu dah duduk di kerusi berhampiran dengan anaknya. Anaknya pula sedang membebelkan sesuatu kepada si ibu. Seolah-olah marahkan sesuatu.