• rabiah
  • dd_202301301433_0001
  • photo_2023-01-31_11-47-14
  • photo_2023-01-31_11-47-13
  • vc_202301301433_0001 - Copy
1
SALE

[LATIP & KELUARGA] RABIATUL ADAWIYAH SRIKANDI AGUNG PENGABDIANNYA

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: LATIP & KELUARGA ENTERPRISE

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


Tiada wanita seindah beliau. Tiada suara semerdu beliau. Anak bongsu dari empat orang adik-beradik, semuanya perempuan, dibesarkan pula dalam keluarga yang mencintai Allah SWT dan rasul melebih segala-galanya. Khabar betapa bayi yang bakal dilahirkan, suci dan terhormat oleh baginda sendiri dalam mimpi ayahnya. Yang dilahirkan dengan nama Umm al-Khair dan dengan pengamatan ayahnya, nama itu ditukar pula kepada Rabiah al-Adawiyah.

Siapa sangka, kehidupan sederhana, penuh limpahan kasih sayang tidak berkekalan lama. Hiduplah sebatang kara selepas ibu bapanya meninggal dunia dan tiga orang kakaknya turut menyusul, berbekalkan ajaran keluarga, merantau ke kota Basrah, jauh dari kampung halamannya.

Pengalaman hidup mendewasakannya. Kehidupan duniawi hampir melalaikan, beliau bangun dan terus melangkah tanpa berpaling mencari cinta dan reda Allah SWT. Keikhlasan dalam beribadat, hanya mahukan cinta Allah SWT dan kasih sayang dari Nabi Muhammad SAW. Tidak mengharapkan syafaat baginda semata, mengharapkan baginda bahagia apabila menyebut namanya kelak. Yang berjuang dalam beribadat bukan kerana mahukan syurga dan menghindari neraka, tetapi lebih hebat dari itu. Yang hanya mahu memenangi kecintaan kepada-Nya.

Harga suatu ibadah itu bukan terletak kepada jumlah, tetapi kepada ikhlas ibadat itu dipersembahkan kepada Allah SWT.

Kezuhudan melebihi segala-galanya. Setiap sujud persis seorang pencinta yang melepaskan rindu yang sarat. Yang sentiasa nafasnya berjuang mendapatkan keredaan dan meletakkan Allah SWT paling atas dalam hatinya, melebihi cinta duniawi.


PETIKAN BAB 5 - RANJAU SEORANG PERANTAU


Mata Rabiah memandang bumbung tempat beliau berbaring. malam semakin pekat dan Rabiah masih belum mahu melelapkan matanya. Pertemuannya dengan Idomuddin tempoh hari memberikannya 1,001 harapan kepada sebuah keinginan. Sejak itu, wajah tampan lelaki itu menjadi pembakar semangatnya. Beliau nekad mahu berusaha mencari rezeki yang lebih baik.

Saranan Qurd siang tadi menambahkan serabut dalam fikirannya. "Bernikahlah dengan anak lelaki makcik, wahai Rabiah. Umur mak cik sudah lanjut. Usia begini, kalau mak cik hidup esok hari adalah hadiah yang terbesar daripada Tuhan." Qurd menyuarakan isi hatinya.

Rabiah diam. Sebelum ini, sahabat ayahnya juga bertanyakan hal yang sama. Sebenarnya, beliau sangat terhutang budi dengan Qurd. Beliau sebatang kara di desa itu, wanita tua itulah yang telah menjaga dirinya seperti anaknya sendiri tetapi Rabiah tidak mahu hidupnya hanya tentang berkahwin dan menjadi seorang isteri. Beliau mahu hidup berdikri. Selebihnya, beliau mahu melihat kota Basrah dengan mata kepalanya sendiri. Terlalu banyak cerita menarik dan indah diperdengarkan kepada dirinya.

"Wahai mak cik, saya sangat berterima kasih dengan kasih sayang kamu. Kalau bukan kerana kamu, tentulah saya sudah terlantar di mana-mana." Rabiah bersuara akhirnya.

"Apakah mak cik mahu melihat saya gembira di dalam hidup ini?" duga Rabiah.

Qurd kaget. 'Apakah pula kaitannya dengan kata-kataku tadi.' Bingung wanita tua itu memahami. "Kamu adalah anak perempuan yang mak cik tidak pernah ada," sahut Qurd.

Rabiah terdiam. Puas beliau menyusun patah-patah kata seterusnya. Bagaimanakah mungkin beliau mahu menyakiti hati wanita tua yang duduk di hadapannya itu? Selama ini, wanita tua itulah yang telah mencurahkan kasih sayang kepadanya.

"Mak cik, berikanlah saya keizinan untuk ke kota Basrah," rayu Rabiah. Wajahnya menggambarkan harapan melangit.

"Bagaimanakah mak cik mahu memberikan kebenaran kepada kamu, wahai Rabiah? Apakah kamu tidak tahu jalan-jalan menuju ke sana dipenuhi para perompak dan pencuri? Dan kamu adalah seorang anak gadis. Apakah kamu tidak takut dengan bahaya?"

"Wahai makcik, tentulah bahaya itu ada di mana-mana. Saya yakin Allah SWT sebaik-baik Pelindung," balas Rabiah.