• warung western kg
  • warung western kg cb
  • photo_2022-11-29_15-41-34
1
SALE

[KOMRAD] WARUNG WESTERN TEPI KAMPUNG

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Komrad 

Penulis: Rafiuddin Rabu


Dengar aku nak pesan ni!

   Nak menang dalam hidup bukan setakat kau ada duit berkoyan-koyan, harta bertimbun-timbun dan emas berkepuk-kepuk. Tapi definisi menang yang sebenar adalah apabila kau sentiasa berasa cukup dengan apa yang kau ada, hati sentiasa tenang tanpa gundah gulana dan hidup selalu bahagia seceria mentari pagi, cewaahh.

   Memasak sememangnya bukan perkara yang aku arif. Memegang pisau saja pun aku dah cukup kekok apatah lagi mengendalikan mesin pengisar, periuk belanga, mengawal suhu api dapur gas, menyukat tepung, dan membacuh air. Semua itu terlalu asing bagi aku.

   Oleh sebab itu aku dibesarkan oleh bapa tunggal, banyak yang aku belajar tentang ketekunan daripada abah. Biar bagaimanapun cara kita memasak, asalkan produk akhirnya selamat dimakan dan halal untuk menerobos salur darah daging kita.

   Sememangnya semua orang yang belajar di menara gading mengimpikan untuk terbang tinggi membelah langit. Namun bagi aku, meninggalkan abah seorang diri di rumah bukanlah satu pilihan yang tepat. Aku belajar bahawa berjaya itu tidak semestinya terbang tinggi kerana berdiri  di tanah juga mampu buat kita berjaya, asalkan kita berusaha. 

   Aku sedar, aku harus lakukan sesuatu!