• mendakap
  • photo_2022-11-02_16-34-57 (2)
  • photo_2022-11-02_16-34-56 (3)
  • photo_2022-11-02_16-34-55 (2)
  • photo_2022-11-02_16-36-17
1

[IMAN PUBLICATIONS] MENDA-KAP KESEDIHAN DENGAN ALQURAN

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: IMAN PUBLICATIONS

Penulis: IMRAN ZAKI


'Sabarlah, jangan menangis.'

Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negatif dan salah.

Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih?

Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu.

Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu.

Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu.


Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya. Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.

Sebenarnya, apakah resppons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai?

Imran Zaki menerusi buku ini membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita saat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.


ISI KANDUNGAN

Tentang Kulit Buku

Pendahuluan

Bahagian 1: Menangis itu Manusiawi


Al-Quran Itu Penyembuh
Cerita al-Quran, Cerita yang Manusiawi
Ahsanal Qasas
Allah SWT yang menyampaikan Cerita
Para Nabi juga Manusia
Adakah Kesedihan Sesuatu yang Negatif?
Kesedihan Bukan Tanda Lemah Iman


Bahagian 2: Move On daripada Kesedihan


Mimpi Yusuf AS
Kebencian Abang-Abang Yusuf AS
Kepulangan Daripada Membuang Yusuf AS
Kehilangan Bunyamin
Respons Yaakub AS
Aduan Yaakub AS kepada Allah SWT


Bahagian 3: Berdamai dengan Takdir

Sabar yang Indah
Keutamaan Doa
Allah SWT Menjawa Doa Kita
Doa Orang yang Tidak Putus Harap
Rintihan daripada Kegelapan
Ibu yang berada di antara Dua Keputusan Gila
Takdir Allah SWT itu Indah
Rintihan Daripada Jiwa yang Lemah dan Rasa Bersalah


Bahagian 4: Pergelutan dalam Perhubungan

Kepulangan Musa AS
Aku Musa dan Engkau Firaun
Berkonfrontasi dengan Tenang dan Matang


Kesimpulan: Al-Quran buat Nabi SAW yang Kesedihan

Cara FIkir terhadap al-Quran


Ekstra: Tadabbur Tiga Surah

Surah ad-Dhuha
Rangkuman Isi Utama Surah ad-Dhuha
Surah al-Kauthar
Surah Yusuf
Rangkuman Pengajaran Surah Yusuf


Rujukan

Profil Penulis


Sepanjang hidup, kita melalui hari-hari yang tidak dapat diduga warnanya. Sekali-sekala kita tetawa sepanjang hari, namun ada waktunya kita berdiam sedih. Ada ketika senyuman yang kita ukir itu tanda ketenangan dan kegembiraan, tetapi ada ketikanya senyuman itu menyimpan rahsia - boleh jadi ia menyimpan gelora ombak yang menghempas pantai atau ribut yang mampu mencabut bangunan dari tanah ia berdiri.

Memang dalam hidup ini ada banyak hal yang rumit. Antara hal yang rumit itu tentulah yang berkaitan perasaan.

Inilah kita yang diciptakan dengan pelbagai jenis emosi. Emosi yang aman setenang bayu di sawah, juga emosi yang meracau sederas air pasang: Gembira, sedih, gementar, takut, risau, malu, tidak selamat (insecure), tenang, cemburu, rasa bersalah, cinta, benci dan sebagainya. Penuh kepelbagaian.

Dalam al-Quran, Allah SWT menggambarkan manusia ini daif, iaitu lemah. Manusia suka berkeluh-kesah, berangan dan kadangkala tertipu serta lupa.

Begitu juga para nabi yang mulia. Mereka yang merupakan manusia terbaik juga melalui hari-hari cerah dan gelap. Mereka juga mempunyai emosi yang pelbagai. Mereka juga merasai kehilangan dan kesediham.