• amalan
  • w_202208231130_0001
  • photo_2022-08-23_12-16-00 (5)
  • photo_2022-08-23_12-16-00 (4)
  • photo_2022-08-23_12-16-00
  • photo_2022-08-23_12-15-59 (3)
  • photo_2022-08-23_12-15-59 (2)
  • photo_2022-08-23_12-15-59
  • i_202208231131_0001
1
DISCOUNT 15%

[AL-HIDAYAH] AMALAN WIRID & DOA HARIAN SELEPAS SOLAT

Regular price
RM 9.80
Sale price
RM 9.80
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: AL-HIDAYAH

Penulis: MUHAMMAD ALI IMRAN


"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah SWT daripada doa." (HR. Ibnu Majah)


Berbisik di Bumi Yang di langit Mendengar


KANDUNGAN

Pengantar Penerbit

Pengantar Penyusun

1. Doa, Hukum-hukum dan Adab-adabnya

A. Dalil yang menyatakan bahawa Doa itu suatu rangka daripada Iman

B. Pengertian Doa

C. Berdoa Hanya Kepada Allah SWT Sahaja

D. Doa dan Ikhtiar

E. Berdoa Tidak Boleh Dengan Memakai Wasilah

F. Doa dan Istighatsah Yang Membawa Kufur

G. Fadilah Dan Faedah Doa

H. Adab-adab Berdoa

I. Kaifiat Menyusun Doa

J. Waktu-waktu Untuk Berdoa.

K. Hukum Mengangkat Tangan Dan Menyapu Muka

L. Doa Untuk Orang Jauh

M. Doa Untuk Seseorang Yang Berbuat Baik Kepada Kita 

N. Doa yang Dilarang

O. Orang-orang yang Tidak Ditolak Doanya

P. Dibolehkan Berdoa Untuk Kecelakaan Orang Yang Zalim

Q. Cara Allah SWT Mengabulkan Doa


2. Wirid-wirid Selepas Solat

A. Peraturan Berwirid


3. Doa-doa Selepas Solat

A. Cara-cara Berdoa
    1. Memuji Allah SWT
    2. Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
    3. Isi Doa
    4. Penutup Doa

B. Isi Doa
    1. Rangka Doa Selepas Solat
    2. Rangka Doa Selepas Solat
    3. Rangka Doa Selepas Solat
    4. Rangka Doa Selepas Solat
    5. Rangka Doa Selepas Solat
    6. Rangka Doa Selepas Solat
    7. Rangka Doa Selepas Solat
    8. Rangka Doa Selepas Solat
    9. Rangka Doa Selepas Solat
    10. Rangka Doa Selepas Solat
    11. Rangka Doa Selepas Solat
    12. Rangka Doa Selepas Solat
    13. Rangka Doa Selepas Solat
    14. Rangka Doa Selepas Solat
    15. Rangka Doa Selepas Solat
    16. Rangka Doa Selepas Solat
    17. Rangka Doa Selepas Solat
    18. Rangka Doa Selepas Solat
    19. Rangka Doa Selepas Solat
   

C. Doa Selepas Tahajjud

D. Doa Solat Hajat

E. Doa Solat Istikharah

F. Doa Solat Dhuha

G. Doa Solat Hari Raya


H. Adab-adab Berdoa

Adab-adab berdoa telah dijelaskan oleh Al-Ghazali di dalam kitabnya "Ihya 'Ulumuddin." Maka apabila seseorang hendak mendoakan, memohonkan sesuatu yang dihajatinya kepada Allah SWT, hendaklah ia melakukan doa itu sebaik-baik dan secermat-cermatnya dengan memelihara adab-adab doa, seperti di bawah ini.

1. Pada waktu yang baik dan mulia, seperti pada hari 'Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari amalan (tsulusul akhirah minal laili) dan ada waktu sahur.

2. Dalam keadaan yang mulia, seperti ketika bersujud dalam solat, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan solat dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari segala gangguan syaitan dan ketika mengadap ke Kaabah.

3. Dengan mengadap Kiblat.

4. Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orang yang di sisi kita.

5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajak dalam doa itu. Tetapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Dan tidak perlu dilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh penggubah-penggubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklah kiranya jika kita memilih lafaz-lafaz doa yang diterima daripada Rasulullah SAW yang kandungannya sesuai dengan apa yang hendak kita doakan pula.

6. Berlaku khusyuk dan tadarruk (merendah diri) dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT dalam jiwa kita yang halus.

7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah SWT dan tidak merasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankannya.

8. Mengulang-ualngi doa itu dua atau tiga kali. Yakni, doa tentang sesuatu yang sangat kita utamakan memohonkannya kepada Allah SWT akan lebih baik jika dibaca berulang-ulang sampai dua atau tiga kali.

9. Menyebut (memuji) Allah SWT pada permulaanya.

10. Bertaubat sebelum berdoa dan mengadapkan diri sengan sesungguhnya kepada Allah SWT.