• kanser
  • pp_202302141419_0001
  • hj_202302141420_0001 - Copy
  • photo_2023-02-14_16-44-38
  • photo_2023-02-14_16-44-47
  • photo_2023-02-14_16-44-37 (2)
  • photo_2023-02-14_16-44-37
  • photo_2023-02-14_16-44-36 (2)
  • photo_2023-02-14_16-44-36
1
SALE

[MUSTREAD] PERUBATAN AL-QURAN MERAWATKAN

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: HAJI LOKMAN ABDUL HAMID


Kanser adalah antara penyakit kronik yang paling ditakuti pada zaman kini. Ada kalanya ia hadir tanpa sebarang amaran, namun meniggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap penghidapnya dari segi fizikal dan emosi. Ia menyerang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan latar belakang, seawal usia masih bayi sehinggalah mereka yang sudah lanjut umurnya.

Statistik kanser yang direkodkan saban tahun menunjukkan peningkatan angka yang amat membimbangkan. Justeru, buku ini ditulis khas bagi merungkai permasalahan kanser serta memberi pencerahan kepada para penghidap dan penjaga pesakit kanser, yang mahu memahami penyakit ini dengan lebih mendalam.

Antara topik utama yang difokuskan adalah:

  1. Pengertian Kanser
  2. Punca-punca Kanser
  3. Rawatan Moden untuk Kanser
  4. Rawatan Kanser melalui ayat suci al-Quran
  5. Amalan hidup sihat tanpa Kanser

Buku ini juga memuatkan cerita-cerita sebenar para pesakit kanser yang telah menjalani rawatan secara moden, mahupun pengamalan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai ikhtiar dalam mengubati kanser. Mereka turut berkongsi pelbagai panduan dan tip dalam menghadapi penyakit ini, yang dapat dijadikan panduan dan diambil iktibar dalam kehidupan seharian.

"Dan Kami turunkan dari ayat al-Quran itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman; dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian."
(Surah al-Isra' 17: ayat 82)