• al-mahdi
  • gvcx_202212070922_0001 - Copy
  • photo_2022-12-07_09-49-19
  • photo_2022-12-07_09-49-19 (2)
  • dsa_202212070922_0001 - Copy
1
SALE

[HR PUBLISHING] AL-MAHDI THE LAST SAVIOR (PENYELAMAT UMAT AKHIR ZAMAN)

Regular price
RM 37.90
Sale price
RM 37.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: HR PUBLISHING

Penulis: SITI SUJINAH SARNAP


Kita mengenal Imam Mahdi dan ciri-cirinya hanya melalui Rasulullah sallallahu "alaihi wasallam. Oleh itu sebaik-baik tempat untuk merujuk tentang perkara in adalah hadis-hadis baginda. Terdapat beberapa ramalan dan konspirasi mengenai keadaan akhir zaman yang penulis kongsikan untuk renungan bersama. la dikaitkan dengan hadis-hadis tentang Imam Mahdi dan situasi yang berlaku di dunia sekarang ini. 

Kedatangan Imam Mahdi sangat dinantikan oleh umat Islam yang kini sedang tenat diserang dari pelbagai sudut. Negara-negara umat Islam dijajah, ditindas, akidah mereka diseleweng, diasak dengan pelbagai fahaman yang menyesatkan. Mush kita yang pasti adalah mereka yang bersekongkol dengan zionis seta hamba-hamba Dajal. Namun malangnya telah timbul sejenis virus amat berbahaya yang sedang menyerang umat Islam kini. Dan amat dibimbangi virus ini akan menjadikan mereka tidak fokus kepada kedatangan Imam Mahdi. 

"Musuh akan mengerumuni kamu dari semua penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan." Ditanya,"Adakah kami waktu itu sedikit?" Baginda berkata, "Bahkan kamu ramai. Tetapi kamu bagai sampah yang dibawa air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati mush kamu dan akan menimpakan dalam hati kamu
"Wahn'. Ditanya,"Apa itu 'wahn?" Baginda berkata, "Cinta dunia dan takut mati." 

Buku ini cuba mengupas tentang benarkah Imam Mahdi akan muncul, siapa dia, siapakah pula pengikutnya. Semoga ia memberi panduan kepada yang sedang tercari-cari kebenaran.


BILAKAH KEMUNCULAN IMAM MAHDI?


Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa iaitu:

  1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

  2. Gerhana bulan pada awal malam dari bulan Ramadan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadan.

  3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadan.

  4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

  5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur.

  6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam.

  7. Zahir kelam pada langit.

  8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

  9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

  10. Tenggelam kampung Khrastan dalam negeri Syam (Syria)

  11. Diserukan dari langit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh ahli bumi daripada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi tediri di atas kedua-duan kakinya kerana terlalu terkejut.

  12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda dalam bulan Syawal. Kemudian kedengaran suara yang menunjuk perkara yang batil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai terkorban sehingga mengalir darah di atas jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar)

  13. Zahir banyak gempa bumi

  14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama berkata, "Ketahuilah kamu bahawa yang keluar bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad." (Dan seruan kedua) berkata, "Ketahuilah kamu bahawa yang keluar bernama Mahdi itu sebenarnya dari keluarga Isa." (Lihat Ad-Duratun Nafi'ah Fi Isyratis Sa'ah).


APA KAITAN ORANG MELAYU DENGAN BANI TAMIM?

Dunia yang kita duduki ini tidak kekal dan ia akhirnya akan dilenyapkan suatu hari nanti - itulah yang disebut sebagai kiamat. menjelang kiamat pelbagai peristiwa akan berlaku. Antaranya muncul Imam Mahdi, Nabi Isa, pemuda Bani Tamim dan Dajal.

Apa itu Bani Tamim? Sebelum ini telah ada kontroversi yang mengatakan bahawa - perkataan "ta" bermaksud Tanah dan "mim" pula Melayu - maka jadilah Tanah Melayu. Tetapi pandangan ini mendapat kritikan dari banyak pihak - dari pendakwah, mufti sampailah ke ahli akademik.


IMAM MAHDI DAN SEKUTUNYA PEMUDA BANI TAMIM

Imam Mahdi adalah gambaran peribadi Rasulullah ﷺ bahkan beliau mirip baginda dalam banyak aspek, secara lahiriah dan batiniah. Beliau dari keturunan Rasulullah ﷺ yang mulia. Dari keluarga (ahlul bait) yang sangat kuat bersyariat dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Terpelihara (mahfuz) dan jauh dari terlibat dengan maksiat dan dosa-dosa besar. Beliau seorang tokoh yang sangat berwibawa, mempunyai aura tersendiri, disegani kawan dan lawan, juga sultan dan rakyat jelata. Beliau adalah guru mursyid, ketua keluarga, ulama', ayah-ibu, saudara dan sahabat. Beliau juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, diuji dengan pelbagai kesusahan dan kesukaran dalam memperjuangkan kedaulatan agama Islam, mempunyai musuh dan juga simpati. Beliau menegakkan sunnah Rasululah ﷺ, berdakwah dan membangunkan Islam secara berjemaah bersama pengikutnya. Tetapi ramai di kalangan pengikutnya sendiri tidak menyedari bahawa mursyid mereka itu adalah bakal Imam Mahdi.

Musuh juga sangat mengenali ciri-ciri Imam Mahdi dan tidak pernah berhenti mengesannya di mana-mana. Mereka berdatangan ke wilayah Nusantara melalui perdagangan dan penjajahan, menjejaki ahlul bait yang merantau ke daerah sini dan pembunuh mereka sekiranya berpeluang. Selaku Imam Mahdi, pastinya beliau dibekalkan dengan karamah yang paling ampuh kerana beliau akan berhadapan dengan musuh nombor wahid iaitu Dajal dan konco-konconya (yang memiliki teknologi sihir dan sains yang tidak kurang hebatnya). Jadi adalah wajar pada suatu ketika pihak musuh berjaya mengesannya. Maka beliau mengambil langkah segera 'menghilangkan diri' secara membuat tipu helah atas tujuan keselamatan dan sebab-sebab strategi. Semuanya mengandungi hikmah yang tidak mampu difahami oleh orang awam biasa.

Tugas dan kepimpinan beliau diserahkan kepada orang-orang kepercayaannya dan ahli-ahlinya terpaksa bertebaran selepas itu. Sehingga musuh pun tertipu dan yakin bahawa mereka sudah 'tersalah orang'. (Beliau juga perlu 'pergi' untuk 'seketika' mempersiapkan diri selayaknya bagi memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih berat sebagai Khalifah Allah di akhir zaman dan akan berdepan pula secara langsung dengan Dajal serta menyambut kedatangan Nabi Allah Isa عليه السلام).