[MANES WORDWORKS] SUNSHINE UNTUK NARA - YUMI HYRA
- Regular price
- RM 30.40
- Sale price
- RM 30.40
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Terbitan: Manes WordWorks
Penulis: Yumi Hyra
Kata orang, jangan terlalu benci seseorang kerana takut nanti terjatuh suka. Nara bukanlah benci pada Kid tetapi lelaki berlesung pipit itu, suka sangat mengusiknya sejak kali pertama mereka bertemu bertemu di Pulau Langkawi. Nara jatuh ke dalam bendang buat pertama kali juga disebabkan Kid.
"Saya rasa awak ni memang bertuah tapi satu aje yang awak tak ada."- Kid
"Saya tak ada apa?" - Nara
"Awak tak ada saya."- Kid
Kata Nina; Si Bff NAra, Kid ibarat 'Sunshine' yang menceritakan hari-hari Nara. Ada sahaja telatah Kid yang membuatkan Nara geram, tenang, terhibur dan berbunga-bunga walaupun mummy dia mula masuk campur dengan mengatur hidupnya.
"Awak ni memang suka senyum?" - Nara
"Kenapa? Kalau saya senyum; awak akan rasa berdebar-debar ke?" - Kid
Bagi Kid pula, perkenalannya dengan Nara membuatkan dia melakukan perkara-perkara di luar kawalan sendiri termasuklah mengusik Nara.
"Love is when you sit beside someone doing nothing yet you feel perfectly happy. And to me, you are that someone." - Kid
Apabila Nara sudah mula jatuh hati, Kid pula nampak seperti sudah berubah hati. Adakah benar yang kita mempunyai hak untuk memilih bahagia mengikut cara kita?
YUMI HYRA memang pandai mengatur dialog dan membuat pembaca jatuh hati pada watak-wataknya sehingga terasa, 'mereka' ada dekat dengan kita, kan! - Noor Suraya, Editor