[IDEA KREATIF] MY SCRAPBOOK - AIDAH BAKRI
- Regular price
- RM 21.60
- Sale price
- RM 21.60
- Regular price
-
RM 27.00
Share
Terbitan: Idea Kreatif
Penulis: Aidah Bakri
Scrapbook lovely lace Asla berakhir dengan kecewa apabila Hadi meminta perpisahan ketika majlis pernikahan mereka akan berlangsung tiga bulan lagi, ketika kad undangan sudah siap dicetak.
Menyimpannya dalam laci yang gelap dan tidak dibuka lagi, itulah hukuman yang paling berat untuk kisah dia dengan Hadi.
Berdamai dengan takdir, begitulah Asla apabila menerima Naim yang meminta dia menjadi isterinya di pertemuan pertama mereka. Tapi, laluan dia bukan jalan yang lurus tanpa rintangan.
" Kaulah yang merosakkan doa aku untuk Naim."- Puan Zarina
"Tak pernah pula saya dengar doa seorang ibu boleh rosak kerana orang lain."- Asla.
"Siang malam aku doa Naim kahwin dengan Durrah. Tapi kau juga yang dia pilih." - Puan Zarina.
Bukan mudah untuk Asla mewarnai scrapbook baru dengan rona indah apabila insan daripada kisah lalu mereka sentiasa berasa di sekitar hidup mereka.
"Susah sangat ke nak izinkan saya terus ada dalam hidup awak?'- Hadi.
"Taklah. Senang! Semudah awak melepaskan saya pergi mencari lelaki lain. Tapi saya tak ingin membuat keputusan semudah itu. Faham kan?" - Asla.
Asla memilih keputusan yang bukan mudah. Sangat payah. Dan ianya berpihak pada Naim.
"Peony empat warna ini untuk awak."- Naim
"This scrapbook is the perfect gift fot you.' - Asla
"Doakan hati abang tak berubah." - Naim