Our News
Home > Products > Book > Novel > I LOVE YOU ABANG SINGA
I LOVE YOU ABANG SINGA
enlarge

I LOVE YOU ABANG SINGA


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM27.00  
Item details
SKU: 9789670883120

Stock: Stock available

Brand: CINTA PUBLICATION
Penerbit: CINTA PUBLICATION
Penulis: ZAITON ABD RAHMAN
Product Code: 9789670883120
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN : CINTA PUBLICATION

PENULIS : ZAITON ABD RAHMAN

Walaupun kau garang, hatiku tetap sayang

Kali pertama berjumpa, Aleesya Syaurah sudah mendapat tengkingan percuma daripada Emir Haidar, bakal bos baharunya. Bukan salah dia pun, kecil sahaja perkaranya, tapi marahnya lelaki itu mengalahkan singa betina lepas beranak.

Masalahnya dia cuma garang dengan Aleesya Syaurah seorang sahaja.

Sabar Leesya..Selawat banyak-banyak biar lembut sikit hati bos Singa kau tu. Orang kata marah tanda sayang-KAK NORLELA

Sayang konon...pirahh..Orang kalau sayang, tak adanya asyik nak melenting macam orang meroyan. Banyaklah dia punya sayang.

Memanglah dia ni, kalau tak menyusahkan aku, bukan bos namanya kan..-ALEESYA SYAURAH

Setiap hari kena jerkah, Aleesya sudah tidak takut lagi dengan lelaki itu. Sudah mangil kata orang. Semakin berani menjawab kata-kata bos singanya, bikin hati Emir Haidar terpikat. Makin dia melawan, semakin kuat semangat Emir Haidar hendak memiliki Aleesya Syaurah. Masalahnya, hendak ke Aleesya Syaurah dengan bos yang selalu berangin dan baran tak sudah-sudah itu? Lelaki sebegitukah yang boleh dia sandarkan harapan untuk hidup bahagia pada masa hadapan?

Engkau ni sebenarnya benci tapi rindu dengan abang singa tu kan Leesya?

Mahu tapi malu. Geram tapi sayang. Apa lagi ek? Hah..Meluat, tapi rasa kasih dalam hati tu sarat. Jangan nak menidakkan perasaan sendiri Leesya.

Bibir kata tak mahu, tapi dalam hati tu bagai digaru-garu rasa cinta yang menderu-deru - QASREENA

Saya tahu, saya bukan orang yang baik. Saya lelaki yang kerap tidak dapat menahan perasaan cemburu kerana rasa kasih yang teramat pada awak Aleesya. Saya takut kehilangan awak. Maafkan saya kalau sayang saya yang keterlaluan itu menyebabkan saya bertindak di luar batasan - EMIR HAIDAR

Masing-masing punya rahsia dan kisah sedih. Jalan cinta mereka penuh liku. Terluka dan dilukai menjadi asam garam dalam perhubungan.

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods