Home > Products > Book > Novel > DIA BUKAN SYURGA
 DIA BUKAN SYURGA
enlarge

DIA BUKAN SYURGA


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM24.00  
Item details
SKU: 9789672102397

Stock: Stock available

Brand: PENULISAN2U
Penerbit: PENULISAN2U
Penulis: RISSA AHDIYA
Product Code: 9789672102397
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: PENULISAN2U

PENULIS: RISSA AHDIYA

Kau janjikan bulan dan bintang, tapi entah mengapa malamku sentiasa kelam…

Cinta Nuha kepada Tajul, bukanlah hanya sekadar lafaz. Cinta itu ikhlas dari hati biarpun kadangkala sikap Tajul sangat menyakitkan hati. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta membuatkan Nuha terasa lemas. Namun, demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati biarpun adakalanya dia rasa ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.

Bukan itu caranya untuk membuktikan sayang, Tajul. Nuha rasa terkongkong. Nak keluar rumah pun Nuha jadi takut. Segala pergerakan Nuha, Nuha kena laporkan pada Tajul. Tapi bila Nuha beritahu, Tajul tak percaya juga, tetap syak Nuha buat yang bukan-bukan. - NUHA

Perkahwinan yang disangka dapat mengubah sikap Tajul, hanyalah tinggal impian semata-mata. Selepas berkahwin, semakin teruk Nuha menjeruk rasa. Namun segalanya dipendam demi memastikan perkahwinan mereka kelihatan bahagia dan sempurna di mata semua. Bagi Nuha, sikap cemburu buta dan panas baran Tajul mendera jiwa, tapi bagi Tajul, bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Abang sayang sangat pada Nuha. Sebab itulah abang tak suka kalau Nuha senyum, bercakap dengan orang lain. Abang rasa seolah-olah hak abang dicerobohi. Nuha faham kan kenapa abang selalu melindungi Nuha?- TAJUL

Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga.

Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.

Nuha, abang tak mahu janjikan apa-apa pada Nuha. Tapi ikhlas, di sini, dalam hati abang ni, abang ingin sekali menjadi lelaki yang akan tua bersama Nuha, lelaki yang akan melindungi Nuha dan menyayangi Nuha.- ARHAM

Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Adakah Arham syurga yang Nuha tunggu-tunggu selama ini?

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods